Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Sunday, November 11, 2012

Sila ke sini ya...

Adik ipar baru buka blog. Dia menjual pelbagai jenis kek. Ingin tahu lebih lanjut, sila ke blog dia di sini ...
Selamat melawat ke situ, dan terima kasih.

Perkembangan terbaru ... (takdelah baru sangat...)

Assalam semua,

Apa khabar? Lama dah tak menulis dan post apa2 di sini. Asik tak berkesempatan aje. Ni pun sebab nak blogwalking ke blog adik ipar, tu yang TER rajin masuk.

Saya dah jadi surirumah sepenuh masa sekarang. Baru masuk bulan kedua. Boleh la... Cuma takde punca kedatangan duit la kan... Yang lain2 ok jer, macam biasa. Duduk rumah, apalagi urus rumahtangga la... urus anak2... Yg selebihnya, berehat. Rehat ke? Hish ! mana ada. Surirumah lagi sebok daripada org kerja. Kalah menteri tau.

Anyway, itu aje coretan kali ini. Nanti ada masa lain, saya terrrajin, saya tulis lagi. Kena carik bahan yang sesuai untuk di papar di sini. Kan?

Sekian, wassalam...

Monday, January 30, 2012

"Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga..."

Assalam kawan-kawan,

Tak pasal2 hari ni kena marah dengan boss. Hish! Sakit betul hati ni. Orang lain punya pasal pulak tu. Sabar, sabar, sabar... Mujurlah boleh urut-urut dada ni menahan marah. Tak boleh nak ikutkan sangat amarah kerana amarah tu kawan baik SYAITAN.

Tapi, tadi dah terlampias juga sikit dekat pegawai bank tu, hehe... Yelah, ada ke dia kata saya "BODOH"! Ish ish ish... Sia-sia orang tua saya hantar sekolah tinggi2, belajar pandai2, tetiba dia kata saya macam tu. Nah ambik! Dapat balik "BODOH" kat dia.

Takpe, lupakan hal tu. Inilah yang dinamakan, "Kerana nila yang setitik, habis rosak susu sebelanga...".

Wassalam...

Suntikan Semangat, Ada Ke?

Assalam kawan-kawan,


Hari ni, rasa macam ada satu semangat baru yang seperti disuntik ke dalam tubuh badan saya. Entah kenapa, saya rasa seperti jadi orang baru hari ini. Tiba-tiba, saya rasa sangat bersemangat dan bermotivasi. Kenapa ya?


Kalau nak katakan sebab nak dapat duit banyak, takde pulak. Nak katakan, dapat 'baby' pun, takde. Nak katakan, ada projek masuk, pun takde. Tapi, semangat berkobar-kobar datang dari dalam diri saya hari ini. Mungkinkah resepi Dr Muhaya sudah menunjukkan hasil? Emmm... syukur kalau iya...


Biarlah ianya menjadi rahsia dulu ya kawan-kawan, tiba masanya akan saya kongsikan bersama-sama. Walau apa-apa pun, harapan saya semoga saya akan terus bersemangat dan bermotivasi seperti ini selalu... 


Signing off,

Thursday, January 19, 2012

Pesanan Dr. Muhaya

Mulakan hari ini dengan niat, segala perbuatan niat kerana Allah subhanahu wa taala... Insya Allah ia akan menjadi ibadah, bukan hanya tanggungjawab; karier dah jadi tugas tapi jadi tujuan hidup. 

Kalau jammed di jalan pun jadi pahala dan senantiasa zikir terutama ketika jammed. 

Pilih apa yang anda dengar di dalam kereta...


Apartment Vista Seri Putra - Untuk Di Sewa / Jual @ Homestay

Nurin Ku Nurin ------------------: Apartment Vista Seri Putra - Untuk Di Sewa / Jual ...: Ini adalah Entri Iklan Sewa - Beli. Inilah faedah berblog. Macam - macam boleh share kat sini. Walaupun menceburi bidang ICT ni dah lama, k...

Lamanya Cuti... Pergi Mana? Buat Apa? Dengan Siapa?

Assalam kawan2,

Cuti panjang minggu ni kan? Ada ke cadangan nak kemana-mana atau balik kampung? Hubby ada cadangan nak release tension cuma tak tau kemana hala tuju lagi. Kalau orang keja gomen ni, dah GAJI dah kan? Hmmm...syoknya...

Walau apa2 pun, kemana juga hala tuju kita semasa musim cuti lebih2 lagi cuti perayaan Tahun Baru Cina ni, sentiasa berhati2 bagi yang memandu, pastikan anda semua dalam kondisi yang baik untuk pemanduan yang berhemah, tak gitu? Ingat mereka yang tersayang, anda mampu mengubahnya... (cewah...) Saya pun nak ingatkan diri saya sendiri.

Akhir kata, habiskan cuti anda semua dengan aktiviti berfaedah dan bermunafaat, semoga anda semua berada dalam lindunganNya.

Selamat bercuti dan jumpa lagi, InsyaAllah...

Wassalam.
 (gambar hiasan sahaja, saya share dari sini... tq ya...)

Wednesday, January 18, 2012

Cinta, Sayang, Benci, Takut...

Bila difikirkan, direnung2, ditimbang2, kita memang takkan dapat bezakan antara 4 perkara tu kan? Kenapa agak2nya? Selagi nyawa dikandung badan, perasaan2 tersebut akan silih berganti dalam diri kita.

Saya tak pernah meneliti perkara2 seperti ini, tetapi melihat kisah masyarakat sekeliling yang berbagai ragam saban hari telah membuatkan saya terfikir, memang takde yang kekal dalam dunia, yang abadi hanyalah di kampung akhirat nanti, tetapi semasa hidup ni, alangkah malangnya manusia2 di luar sana yang tak pandai menilai erti dan harga sebuah cinta, makna sayang kerana senantiasa dibelenggu rasa benci dan takut.

Saya akan senantiasa mencinta kerana saya ingin dicintai, saya akan melimpahkan segala rasa sayang saya kerana saya ingin disayangi, kerana saya percaya, what you give, you get back.

Akan saya cuba buang jauh2 rasa benci kerana ia hanya akan merugikan saya. Dan perasaan takut, akan saya simpan kerana saya takut dengan Allah swt.

Benar atau tidak apa yang saya coretkan ini, mari, kita sama2 fikirkan...

Sehingga di lain coretan, salam bahagia.

Christina Perri - A Thousand Years (Official Music Video)

Definisi Demam Campak, sekadar berkongsi informasi...

Kebetulan Nurul Fatehah sedang demam campak, saya selama ni tak pernah pulak ambil berat @ ambil tahu tentang perkara ini, tetapi NF dah kena 2 kali, i told myself, i must get to know about this 'demam campak'. So, my dear frens, inilah saya jumpa di wikipedia.




Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.


Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.



Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:



* Demam tinggi

* Batuk, selsema dan sakit tekak
* Mata berair dan sensitif kepada cahaya
* Sakit otot



Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi.



Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.



Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.



Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Pertama kali masuk TV, TV3 pulak tu...

Pagi ni saya mengalukan dan menyambut kedatangan wartawan Aduan Rakyat TV3 yang ingin membuat liputan tentang masalah sampah yang telah sebulan membelenggu penduduk di Vista Seri Putra Apartment Bangi, (saya bertugas menguruskan bangunan apartment tersebut). Setelah sekian lama menunggu maklumbalas dari Ahli Majlis Bandar Seri Putra dan juga YB Adun, yang mana masih tiada jawapan yang positif, jadi semalam manager saya telah menghantar email ke aduan rakyat tv3. Maklumbalas spontan daripada pihak mereka telah membawa wartawan tv3 - Cik Kathy ke sini (bangi). Mungkin berita tentang liputan yang dibuat akan keluar di kaca tv malam ini.

Besar harapan saya agar masalah sampah di Vista akan dapat diselesaikan dengan kadar segera. Saya dan Kak Ogy bergambar kenangan bersama Cik Kathy dan Chairman VSP, Capt Abdul Rahman.



Monday, January 16, 2012

Selamat Tahun Baru 2012, Tahun Kejayaan? Insya Allah...

Tahun baru sudah hampir 3 minggu membuka tirainya dan saya tak sempat pun mengucapkan selamat tahun baru buat kawan-kawan. Hari lahir Nurul Fatehah juga sudah kami sekeluarga raikan di rumah pada 7 Januari yang lalu. NF tahun ini sudah masuk darjah 3, masih di kedudukan kelas pertama baik sekolah kebangsaan dan sekolah agama dan saya harap sangat dia dapat mengekalkan kedudukannya sampai ke darjah 6 nanti, Insya Allah. Nurul Syahirah juga sudah masuk ke tadika (6tahun), masih di sekolah tadika KEMAS. Hubby tak yakin yang dia sudah boleh menjaga diri sendiri dan itulah puncanya saya terpaksa batalkan kemasukan dia ke Pra-Sekolah.

Nurul Hamizah sedang menunggu keputusan SPM. Kadang-kadang dia ada di Puchong bersama kami, kadang kala dia ada di Senawang, di rumah adik ipar saya, menemankan Nurin Aisyah fisioterapi dan juga belajar memandu untuk mengambil lesen motor dan kereta. Harap-harap luluslah dalam ujian nanti.

Menurut bacaan pola saya, tahun ini adalah tahun kejayaan bagi saya dan hubby. Ya @ tidak, sama-sama saya dan hubby akan tunggu. Kawan-kawan pun sama-sama doakan ya...

Sehingga di lain coretan, saya mendoakan anda semua memperoleh kejayaan anda sendiri dan semoga apa yang bakal kita lakukan diredhoi Allah swt, Insya Allah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...