Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Wednesday, December 29, 2010

Azam Tahun Baru? Emmm alahai...

Asal masuk jer tahun baru, mesti ada yang bertanya, "Apa azam tahun baru?". Azam tahun lepas dah tercapai ker? Emmm... Azam ni bukan mesti buat bila tahun baru jer kan? Yang penting, bila dah buat azam, kenalah usaha mencapainya dengan bersungguh2.


Azam saya? Kalau azam nak serius berblogging ok tak? Tapi, berblogging ni  bila ada masa free je kan? Kalau busy, tak sempat nak update blog. Hai... Kawan2, apa azam tahun baru anda? X kesah lah azam apa sekali pun, yang penting, mestilah yang boleh dicapai dan kalau tak boleh, kenalah cuba dan cuba lagi...


~ signing off (^-^) ~

Selamat Pengantin Baru - Muhd Nor Haimi & Zuliana


Selamat Pengantin Baru Haimi & Zuliana.... (Aboy & Jue). Semoga jodoh berpanjangan ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, Amin...

Cousin hubby, anak Chik Yah yang kedua, dah selamat ijab kabul pada awal Disember ari tu. Pasangannya berasal dari Miri, Sarawak (kamek, kitak la tuh... ). Majlis resepsi sebelah lelaki telah berlangsung di Banquet Hall, UPM Serdang pada 25/12/2010 - Sabtu yang lalu.

Saya dan hubby jadi 'orang kuat' majlis. Adalah tolong2 mana yang boleh jer... Untuk melancarkan lagi majlis. Semua adik-beradik mak mertua hadir. Yelah, pada majlis2 seperti inilah baru mereka2 tu nak berjumpa dan bertanya khabar. Jadi, guna sepenuhnya peluang yang ada. Oklah, ada snap beberapa gambar, so layan jelah! To Haimi & Jue, congrats!


~ signing off (^-^)




Dah tahun baru ker...?

Tirai 2010 hampir dilabuhkan. 2011, dah x sabar2 nak menghamparkan permaidaninya buat semua. Apa yang bakal dijanjikan oleh 2011, masih menjadi tanda tanya. Bagi saya, ada beberapa agenda yang telah diatur dan berharap agar apa yang telah dan akan dirancang berjalan dengan baik, Insya Allah...

NFSZ - masuk darjah 2, alhamdulillah dapat masuk kelas pertama sek keb dan sek agama.
NSSZ - masuk tabika KEMAS (baru 5 tahun). Belum dapat bayang lagi macam mana 1st day, but am quite sure she'l do good.
NHSZ - ada perang besar tahun ni, SPM 2011. Go go girl! Dapatkan target, usaha! usaha!

Tahun depan jika tiada aral melintang, ada member baru dalam family... (menantu). Hish! Dah tua rupanya... Apa pun, semoga tahun 2011 akan melakar lukisan terindah buat saya dan keluarga...

Signing off ^-^

Tuesday, April 6, 2010

Putri Tunggal Kepunyaan Shiela Yusoff

Seawal jam 2.22 pagi, 22 Rabiul Awal 1431 Hijriah bersamaan 8hb Mac yang lalu, lahirlah seorang putri seberat 4kg lebih. Putri tunggal kepunyaan adik iparku Puan Sharul Banun Sharila. Tercapai jugak impian & cita2 untuk mendapatkan seorang anak perempuan. Tahniah2... Putri Farisya nama diberi, semoga orangnya akan secantik dan sehebat namanya, insya-Allah... Majlis aqiqah dan berkhatan akan diadakan pada bulan Jun nanti. (masih dalam planning lagi).

Tehah & Dr. Syeikh Muszaffar


Bulan lepas, aktiviti hujung minggu menghabiskan masa di pesta buku antarabangsa PWTC. Anak2 suka betul dengan aktiviti ni. Dari pukul 3.00 petang sampai hampir maghrib kami di situ. Ayahnya melayan kak yong dgn kak mizah beli kamus BESTA - Dr Fazley tu. Dapat jugak akhirnya... Ayahnya pun sibuk beli Al-Quran Digital. Sedang asyik mendengar adik salesgirl tu explain tentang kamus BESTA, tiba2 lalu pulak Dr. Syeikh Muszaffar. Apalagi, sibuklah dorang nak bergambar. Dr. Syeikh sendiri yang pegang bahu teha dan memandang ke arah kak yong yang dah ready nak snap picture kat atas ni ha... Selama ni, dia tak pernah minat pun angkasawan negara, tapi lepas balik dari pesta buku tu dan lihat Dr. Syeikh in person, barulah dia sibuk selak2 kamus bergambar dia yang ada cerita pasal angkasa. Apapun, aktiviti sebegini boleh membuka minda anak2 dan menanam sikap suka membaca.

Sunday, January 24, 2010

Gotong Royong Umah Chik Intan (24/01/2010)

Salam semua... Saja nak update blog ni dengan berita2 terkini. Semalam, kami sekeluarga ke rumah makcik hubby di Bayu Lake Homes, Mantin. Memang dah rancang nak adakan gotong-royong sebab minggu depan dia nak terima menantu. MIL dah lama plan, so semalam semuanya berjalan dengan lancar. Yang hadir, kami 1 family, chik nomah dgn anak bongsu 1 family, chik mala (kami memang jemput dia dari Kg Dato' Bakar Baginda). Yang lain2 memang dah ada kat umah chik intan. MIL bawak mee kari spesel, chik mala bawak nasik lemak, menu tu kami buat minum pagi. Tuan rumah sediakan menu makan tengahari (Ayam Masak Asam, Telor Dadar, Ikan Masin). Chik nomah bawak Ikan Patin masak tempoyak untuk tambah menu makan tengahari. Itu jelah, layan gambar ek...











Thursday, January 14, 2010

Puding Batik Biskut Marie

Cantik dan menyelerakan lah puding tu... G jalan2 kat laman kak ummi, jumpa pic puding ni dgn resepinya. Dah lama nak try buat, tgk lah nnt kalau ada free, anak2 mesti suka... Pinjam gambar ye kak ummi... Tq! Mari layan gambar..



.

Kerabu Soo Hoon - Menu Esok kot?


Salam petang khamis semua... hari ni g jalan2 kt laman En Mat Gebu tu, (chef terkenal kt among bloggers), ternampak dia masak kerabu. Igt nak try buat lah, tapi layan pic ni dulu. Esok, kita amik pic kerabu yg kita masak eh.... (kita mintak izin ye en mat) layan....

Sunday, January 10, 2010

Selamat Tahun Baru 2010...


Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Awal2 tahun dah sambut besday Fatehah (07/01/2003) yang ke- 7 tahun. Seronok dia ummi belikan kek coklat dan KFC (all time favourite meal). Sibuk dia nak menjemput kawan2 ke rumah, nak celebrate besday (macamlah ayah dia izinkan). Malam 7hb tu, kami sambut anak-beranak jer, tgu ayah balik dari surau (maklum malam Jumaat, ayah pegi surau, Yassin), baca doa selamat, potong kek dan makan KFC. Layan jelah gambar kek tu ek...

Teha dah mula sekolah - Standard 1


Bangga pulak rasa, menghantar Nurul Fatehah masa hari pertama hari tu. Dia dah biasa bersekolah sejak umur 4 tahun, dah tak rasa janggal lagi, malah dia relax jer, kita plak rasa risau takut tak biasa. Dulu tadika kemas (2008) lepas tu pra-sekolah (2009), sekarang ni dah sekolah betul. Tapi, alhamdulillah, dia cepat dapat sesuaikan diri dengan keadaaan dan suasana baru. Belajar rajin2 ya anak ummi, ummi tau teha boleh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...