Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Friday, April 26, 2013

Demam PRU...

Assalam semua,

Bahang pilihanraya makin terasa. Tarikh pun sudah hampir. Hanya tinggal beberapa hari sahaja. Suami dan anak lelaki saya hari-hari sibuk di Bilik Gerakan PDM. Aktif sangat tu tidaklah, tapi kenalah bagi sokongan. Sokongan moral tu, penting sebab besar peranannya.

Bagaimana semua? Sudah bersedia untuk mengundi? Sudah buat keputusan parti mana bakal dipangkah? Pilihlah calon parti yang benar-benar boleh bekerja dan berkhidmat untuk masyarakat. Jangan pangkah sebab calonnya kita suka, tapi pangkahlah sebab parti. Parti  yang tiap-tiap tahun membentangkan kad laporan tahunan yang cantik.

Saya sangat teruja sebenarnya untuk keluar membuang undi tahun ini. Entah kenapa, perasaannya tidak sama setiap kali. Tahun 1999 lain. Tahun 2004, lain. Tahun 2008, kecewa sangat. Tahun 2013, sabar jelah... tapi perasaan saya kuat mengatakan yang kerajaan Barisan Nasional akan memperoleh undi majoriti yang banyak.Dan siapa tahu, dengan izin Allah Taala, negeri Selangor akan dapat dirampas kembali oleh kerajaan  BN. Itu memang doa saya, in sha Allah...

Di dalam kawasan taman perumahan saya ni, hampir semua tempat dimandikan dengan bendera BN. Sampai pokok betik mati pun jadi tempat untuk menggantung bendera.

Apa2 pun, saya nak ucapkan Selamat Mengundi dan Pilihlah Calon Barisan Nasional, demi masa depan anak bangsa, agama dan negara.

Sekian, wassalam...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...