Pengedar Sah Shaklee SID : 1073251 Sebarang pertanyaan, sila sms @ wassap : 017-8841882
Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Tuesday, April 6, 2010
Putri Tunggal Kepunyaan Shiela Yusoff
Seawal jam 2.22 pagi, 22 Rabiul Awal 1431 Hijriah bersamaan 8hb Mac yang lalu, lahirlah seorang putri seberat 4kg lebih. Putri tunggal kepunyaan adik iparku Puan Sharul Banun Sharila. Tercapai jugak impian & cita2 untuk mendapatkan seorang anak perempuan. Tahniah2... Putri Farisya nama diberi, semoga orangnya akan secantik dan sehebat namanya, insya-Allah... Majlis aqiqah dan berkhatan akan diadakan pada bulan Jun nanti. (masih dalam planning lagi).
Tehah & Dr. Syeikh Muszaffar
Bulan lepas, aktiviti hujung minggu menghabiskan masa di pesta buku antarabangsa PWTC. Anak2 suka betul dengan aktiviti ni. Dari pukul 3.00 petang sampai hampir maghrib kami di situ. Ayahnya melayan kak yong dgn kak mizah beli kamus BESTA - Dr Fazley tu. Dapat jugak akhirnya... Ayahnya pun sibuk beli Al-Quran Digital. Sedang asyik mendengar adik salesgirl tu explain tentang kamus BESTA, tiba2 lalu pulak Dr. Syeikh Muszaffar. Apalagi, sibuklah dorang nak bergambar. Dr. Syeikh sendiri yang pegang bahu teha dan memandang ke arah kak yong yang dah ready nak snap picture kat atas ni ha... Selama ni, dia tak pernah minat pun angkasawan negara, tapi lepas balik dari pesta buku tu dan lihat Dr. Syeikh in person, barulah dia sibuk selak2 kamus bergambar dia yang ada cerita pasal angkasa. Apapun, aktiviti sebegini boleh membuka minda anak2 dan menanam sikap suka membaca.
Subscribe to:
Posts (Atom)