Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Sunday, June 26, 2011

Ucap Selamat

Salam Isnin semua... Saya rasa happy sangat hari ni. Tak tau lah kenapa, tapi rasa Happy semacccaaammm jerrrr... Saya nak kongsikan dengan semua, tapi... belum masanya lagi. Apa-apa pun, selamat bekerja bagi yang bekerja, dan selamat mengurus rumahtangga bagi full time housewife.

Have a good day!!!

Friday, June 24, 2011

Terima Kasih Kak Ogy...

Salam Jumaat semua... Apa khabar? Dah berapa hari dah tak update blog. Busy, busy, busy. Anyway, saya nak merakamkan Terima Kasih Daun Keladi kepada officemate saya, Puan Fauziah Muslimin sebab belanja saya makan tengahari hari ni. Dia ajak makan luar tadi tapi keja melambak-lambak, tak siap-siap.

Disebabkan terlalu lapar, perut pun dah memutarkan lagu, so kami tak sempat nak snap apa-apa gambar pun. Lauknya, Ikan Bakar Cicah Air Asam, Masak Lemak Nenas dengan Ikan Masin, Ikan Bilis dengan Tempe Goreng, Ayam Sambal Hijau. Yummy!!! Delicious!!! Kami belasah sampai licin. Alhamdulillah...

Sunday, June 12, 2011

Sekolah Bermula Lagi

Hari ni  sesi persekolahan bermula lagi selepas bercuti selama 2 minggu. Mizah & Teha ok jer, si kecik tu pulak demam... Hmmm... Macam2 hal.

Rasa sekejap jer masa berlalu. Pantas betul. Benar, masa tidak menunggu kita, kan? Kita yang harus mengejar masa dan mesti pandai mengurus masa dengan baik.

Kalau sekolah bermula, bermakna jadual harian berbalik kepada asal. Kena keluar seawal 6.45am sebab nak hantar kak yong pegi ngajar. Hari pertama hari ni, semua berjalan lancar setakat ini lah.

Cuma... ada satu hal tak settle lagi. Dah cuba nak settlekan, tapi macam tak berkesan jer. Tulah, padan muka. Ada pepatah menyebut, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Tapi takpelah, lama2 nanti ok lah kot... Apapun, life must go on...

Allah Sayang Kita, tapi kita...?

Kenapa Allah memberi ujian kepada kita, hambanya? Untuk apa? Dan ujian itu terkadang tiba dengan bersebab atau tidak bersebab? Memang betul, siapa kita untuk mempersoal, tetapi kekadang ujian / dugaan itu terlalu berat untuk ditanggung atau di hadapi. Sesungguhnya, setiap dugaan / ujian yang Allah berikan, sekiranya kita berjaya menghadapi dan mengharunginya dengan penuh sabar, kita telah meng'upgrade'kan diri, tahap keimanan dan ketaqwaan kita dan sentiasa percaya bahawa Allah hanya memberi ujian / dugaan kepada hamba2Nya yang Dia sayangi.

Kadang2 dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering kali terlupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ke atas kita. Kita selalu lupa pada Allah, tapi Allah sentiasa ingat kita. Sentiasa sayang kita. Bila kita diuji, baru kita ingat Allah. Baru kita berdoa mohon pertolongan. Betul kan?

Renung2kan... Saya juga beri ingatan pada diri saya sendiri.

Bowling Kerrr???

Tak pernah-pernah main bowling sejak dah kawin ni, tetiba kawan ofis ajak main. Kita fikir2 oklah jugak. Dia bawak anak2 dia, kita bawak anak2 kita. Budak staff maintenance adalah 2 orang. So, kami pun bookinglah bowling dekat Alamanda.Rupanya seronok juga main bowling ni rupanya. Anak2 kita pun suka. Walaupun bola banyak masuk longkang, yang penting, semangat kesukanan, kan kan kan... Teha cakap, "ummi, lain kali kita main lagi ya? bestlah...". Insya Allah, bowling akan jadi aktiviti bulanan. Kalau tiap2 minggu, ummi kopaklah teha.


Adib & Ain @ 21'

Selamat ulangtahun yang ke - 21... Selamat menjalani kehidupan di alam dewasa ya, semoga aman damai & rukun berumahtangga. Itu jer yang boleh ummi ucapkan dan doakan. Malam sabtu lepas, ayah belanja makan kat muara tanjung harapan bersempena dengan hari lahir diorang berdua dan kak yong sekali. Adalah ayah belikan kek & donat-shi. Tq hubby, baik sungguh hati hubby belanja kitorang semua.


sempat lagi menyelit tu...

Friday, June 10, 2011

Salam Jumaat buat semua,

Hari ni menu breakfast kat rumah, cucur udang. Menu lunch hari ni. simple jer, all time favourite, NASI AYAM. Senang. Menu yang tak pernah berbaki la kalau masak kat rumah tu. Fatehah dengan Syahirah lah yang paling suka. Maaf la, tak sempat nak snap satu pun gambarnya. Sempat lah adjust tauhu sumbat sekali tadi. Lambat lagi kita masuk ofis. Sampai2 jer kat ofis, colleague pulak ajak pegi minum kat Hj Tapah. Apalagi, layanzzz jelah. Teman dia jer, tak makan apa pun.

Hari ni perasan tak? Cuaca redup jer, mendung. Macam nak hujan, tapi takde. Mintak2 biarlah bawa alamat yang baik2 kan? Insya Allah...

Esok, bufday menantu. Rabu depan, bufday anak bujang kita (yang dah tak bujang lagi tuuu...). Nak celebrate kat mana ya...? Tgu kita update ok...

Signing off~

Wednesday, June 8, 2011

Hari Yang Serba Tak Kena?

Salam kawan2,

Hari ni entah kenapa...lah. Buat kerja semua tak betul jer. Apa puncanya entah. Buat breakfast pagi tadi pun lambat sangat gerak buat kerja. Bayangkan... Mula masak kul 7am, pukul 9am baru siap. Bibik dah mula kerja 1 jam dah, aku tak siap2 lagi masak. Yelah, dalam kepala tu nak masak benda lain, tapi yang dimasak benda lain. Haduss!!! Hancur aku punya menu hari ni. Anyway, sorila tak sempat nak snap gambar, nak cepat. Dah lambat nak ke ofis. Colleague dah call banyak kali dah pasal orang dari SYABAS datang. Nak kena pegi beli barang untuk staff lagi. Semua serba tak kena jer, kenapa? kenapa? kenapa?

Tuesday, June 7, 2011

Cari Semangat Berblogging

Salam kawan2, maaf la lama dah tak update blog ni. Bukan malas, tapi tengah busy sangat. Busy apa ek??? Hehe... Insya Allah tengah mencari inspirasi nak merajinkan diri berblogging. Harap kawan2 semua bantu saya ya...

Semoga Tabah Wahai Sahabat Ku - Syahidah Ishak

Hari ni terbaca post Puan Zakiah Hanim di FB X-Samjey kami tentang seorang sahabat ni yang sedang bertempur melawan penyakit. Dia menghidap "Acoustic Neuroma" - Brain Tumor. Dia sedang berusaha mengumpul USD50,000.00, to do a second operation. Dan setakat ini jumlah yang baru terkumpul cuma 3K. Sekiranya ada yang terbaca blog saya, sila beri sokongan pada dia ya, terima kasih.

Syahidah Ishak - Acoustic Neuroma: Magnets-For sale

Syahidah Ishak - Acoustic Neuroma: Magnets-For sale: "Hello guys. How are you! Today, I want to share with you and to tell you guys that there will be new product for sale. It is a magnet, lim..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...