Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Friday, March 11, 2011

Cepatnya Masa Berlalu

Masa berlalu tanpa kita sedari. Rasa macam baru semalam melahirkan dan menimang dia, menyusukan dia, tapi rupa-rupanya 5 tahun dah berlalu. Dah besar panjang syahirah... Bijak berkata-kata, rajin berzikir persis ayahnya, maklumla anak pak imam kan... Doa ummi semoga syahirah membesar dengan baik dan jadi anak solehah ya... Nanti bila syahirah dah besar, syahirah pulak boleh doakan ummi. Mummy loves you dear!



Sambutan Hari Lahir Syahirah di Tabika

Seronoknya dia dapat meraikan hari lahir bersama dengan kawan-kawan sekolah dia. Majlis sambutan hari lahir ini bukan untuk Syahirah seorang saja, tapi untuk semua murid-murid yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac. Semua ibu bapa murid sekolah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis yang diadakan pada malam Khamis 9/3/2011. Ini adalah idea cikgu tabika yang penuh dedikasi iaitu Cikgu Rosyati, terima kasih cikgu.

Majlis dimulakan dengan perasmian oleh Tuan Pengerusi Tabika Kemas Nur Hidayah; Tuan Haji Norizan Mustafah. Penyampaian Hadiah oleh Pegawai Hubungan Kemas KINRARA, Puan Rocky. Acara memotong kek beramai-ramai dikelolakan oleh Cikgu Rosyati sambil ibu bapa menyanyikan lagu "Happy Birthday".

Di rumah sebenarnya petang tu, Kak Yongnya dah belikan hadiah dan belanja dia makan KFC. Seronok sangat la dia tu... Tq Kak Yong...

Saturday, March 5, 2011

Hari Jadi ke...Hari Lahir?

Kita selalu ucapkan selamat untuk orang-orang yang menyambut hari lahir. Tapi ucapan kita selalu berbunyi "Selamat Hari Jadi". Tapi, dalam bahasa inggeris, kita sebut "Happy Birthday". Yang mana satu sebenarnya yang betul? Hari Jadi atau Hari Lahir? Sepatutnya hari lahirla kan? Mari kita fikir-fikirkan ya...

Sebenarnya, untuk apa kita memperingati hari lahir? Ada di antara kita yang tak pernah tinggal menyambut hari lahir, tapi fahamkah mereka hari lahir disambut untuk apa? Sekadar mengingatkan tentang bertambahnya usia dan betapa tuanya kita, begitukah? Hmmm, kena difikirkan tu.

Macam saya, tak pernah tinggal atau lupa menyambut hari lahir anak-anak setiap tahun, bukan apa-apa. Saya cuma nak anak-anak tahu dan faham bahawa saya sentiasa mengingati mereka, setiap saat, tak pernah lupa. Menghargai mereka dengan hadiah, tidak semestinya mahal, tapi penuh bermakna. Bukan hadiah yang penting, tapi tanda ingatan yang tidak ternilai. Setuju?

Wednesday, March 2, 2011

Khas Untukmu - Hubby

Dengar lagu yang Anuar Zain nyanyi ni dalam kereta pagi tadi, terbuai-buai perasaan saya. So, sampai office tadi terus cari, liriknya sungguh menusuk kalbu saya, orang lain saya tak pastilah. 




~ Sedetik Lebih - Anuar Zain ~ 


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...




kalau suka boleh klik sini... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...