Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Monday, February 21, 2011

Bila Nenek Berhijrah...

Petang tadi, balik kerja, melangkah masuk dalam rumah, dengar suara budak menangis. Tengok-tengok fatehah & syahirah tengah menangis. Apa hal pulak ni? Hubby dan kak mizahnya ada, tapi tersenyum-senyum melihatkan dua orang budak tu menangis. Bila ditanya, rupa-rupanya, menangis sebab nenek pergi ke rumah maksunya di Seremban. Bertolak petang tadi lepas asar, ahmad adib yang pergi menghantar.

Sebenarnya, nenek diorang pergi ke rumah adik ipar saya di Senawang. Mungkin  akan tinggal di sana selama seminggu. Tukar angin. Ha tulah, kalau nenek ada, lawan-lawan nenek, gaduh-gaduh dengan nenek. Bila nenek dah takde, barulah sibuk-sibuk cari nenek, ayahnya kata.

Hmmm... Ada-ada saja budak-budak ni... Letih ummi tau!

Sunday, February 20, 2011

Nak Bela Arnab Pulak Dah...

(Sepatutnya post ni masuk semalam lagi, terlambat...)
Semalam selepas balik keja, hubby ajak pergi ke shah alam. Ingatkan nak buat apa, rupanya nak pegi beli arnab. Budak2 semua dah heboh nak bela arnab. Patutla 2 malam lepas hubby suruh jalan2 kat mudah.my, tgk2 arnab. Rupa2nya nak bela arnab, tambah 1 lagi pet kat umah. Yang abangnya pulak sibuk nak bela Iguana, aduss... Macam2...
Kami bukan  beli arnab biasa. Yang ni jenis Netherland Dwarfs. Dikatakan adalah jenis yang tak kan membesar, paling besar pun seberat 700gm sahaja dan susah membiak. Tahun lepas penjual  tu cuba nak biakkan sebanyak 3 kali, tapi yang jadi sekali je, beranak pun tak banyak, 2 ekor sahaja.
Tak susah nak bela, buat sebagai home pet. Hubby letak dalam rumah tepi rumah suggie (MOMO). Ada la jiran dia sekarang. Sepasang, jantan hitam, betina putih. Si hitam & si  putih (tak payah susah2 carik  nama, huhu).



Friday, February 18, 2011

Blog Walking

Seronok rupanya blogwalking ni... Macam2 benda baru yang kita dapat. Idea baru, info bagus, dapat la guna kreativiti sendiri untuk update dan kemaskinikan blog. Saya suka ke blog dia ni... cerita dalam blog tu berkisar aktiviti harian penulis blog dan kawan2. Kalau ke blog En Ben , lagi la seronok. Tiap waktu dan ketika mengupdate blog. The Flavor of Life, adalah seorang ratu sugar glider dan menggelar dirinya Ratu Sagi (mungkin suggie) sebab dia memelihara sugar glider yang bernama Kaka (kalau tak silapla...). Pernah ke blog En Mat Gebu kita,, cerita pasal memaaasakk jer... Sonoknya... Cara En Mat kongsikan resepi dalam blog dia, amat mesra, macam dah kenal lama... Saya  juga pernah jalan2 ke blog Red Mummy. Menurut satu topik yang pernah dibincangkan di radio Hot Fm, red mummy adalah antara blogger paling glamer dan famouus, juga menerima ganjaran paling banyak dalam dunia blogging. Macam mana dia buat tu ha? Saya nak kena belajar la ni kan? 


Apa2 pun, saya masih baru dan banyak lagi benda yang mesti diterokai mengenai berblogging ni. Harap dapat tunjuk ajar kawan2 blogger semua...

Thursday, February 17, 2011

KM Group Family Day - Permaisuri PD





Akhirnya, selesai juga family day kami yang pertama dengan jayanya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan insya Allah akan menjadi acara tahunan kami. 


Program bermula dgn acara bbq, sukaneka pada keesokan paginya, penyampaian hadiah pada waktu petang, malam sesi berkaraoke - berhibur setelah penat bersukan, dan acara penutup pada hari minggu. Semua ahli telah memberikan kerjasama dan telah menunjukkan sikap toleransi yang baik, terima kasih semua.


Semoga tali silaturrahmi kita semua akan berkekalan selagi hayat dikandung badan. Hidup KM Group!!! 

Tuesday, February 8, 2011

Aktiviti BBQ di rumah

Malam minggu yang lepas, kami sepatutnya ke rumah adik di Gombak. Dah plan awal2 nak buat bbq di rumah dia dan celebrate hari jadi mak mertua. Ajak nuyin2u join sekali, kebetulan pulak dia balik ke rumah mertua dia di Gombak, dah cantek la tu... Tapi, atas sebab2 teknikal yang tak dapat dielakkan, plan dah kena CANCEL. Maka, kami buat bbq di rumah sahajalah. Yang sebenarnya, nak test tempat bakar tu sebelum guna untuk KM Group Family Day nanti (ayah la tu...).

Ada ayam black pepper, ayam sos bbq, kambing black pepper, sosej, sos halia, mayonis buatan sendiri. Ayah dan abang, tukang bakar. Kami2 semua tukang makan jer... Betul kata nuyin2u, sesungguhnya makanan yang dimasak dan disediakan di rumah tu adalah yang terbaik di dunia kerana ia dimasak dengan penuh kasih sayang walaupun bersusah dan berpayah... Anak dara tu ada snap beberapa gambar, layan gambar jer, boleh?








Keja! Keja! Keja!




Lately, boring betul bila mention pasal keja. Rasa nak quit pun ada. Sakit  hati! Makin dibuat, makin menimbun2, tak kurang2 jugak. Hishhhh!!! Dari pagi tadi duduk depan PC ni x gerak2, dah macam patung bernyawa dah! Customer keluar masuk tak sudah2... Adusss!!! Help! Help! Ada tips tak agaknya???

Tengah bosan2 tadi, selak2 gambar2 ternampak pic si kecik ni... Sejuk hati, sejuk mata...

Sunday, February 6, 2011

Cabaran blogger BEN ASHAARI... GEGAR 1,000 BLOG



 Salam semua,
Tadi pegi jalan2 dekat blog en mat gebu... Blogger yang masak2 tu. Semalam dia buat biskut GERMAN. Nampak macam mudah, tapi tak cuba tak tau lah kan? Dia ada mentioned pasal EN BEN  ASHAARI buat cabaran GEGAR BLOG tu... Saya tolong2 nyibuk jelah. Bagi support, maklum baru nak bertatih pasal blogging2 ni. Harap2 dapat sokongan anda semua ya... Terima kasih.



SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Details boleh klik sini...

signing off (^-^) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...