Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251

Pengedar Sah Shaklee SID 1073251
Sms@Wassap 0178841882

Monday, November 28, 2011

Cuti Sekolah... Ke mana kita?

Cuti sekolah bermula lagi. Keputusan peperiksaan akhir tahun untuk Tehah memuaskan, baik sekolah kebangsaan ( 5A) atau pun sekolah agama (Jayyid Jiddan). Syahirah pun menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan akhir tahun sekolah tadika - 5 Tahun - Tempat Kedua.

Kemana destinasi percutian semasa cuti sekolah ni? Menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak? Berehat dan bersantai di tepi pantai, melancong ke luar negeri atau hanya menghabiskan masa berkualiti di rumah? Pilihan masing-masing lah ya. Yang penting, cuti dapat dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat dan berfaedah, bukan begitu?

Saya dan suami ada merancang nak berjalan-jalan dengan anak-anak ke Butterworth, Penang dengan menaiki keretapi KTM. Ada juga merancang untuk bersantai di tepi pantai, cuma tak pasti lagi bila dan di mana. Kami bukan nak pergi sekeluarga saja, tapi seluruh anak-anak dan cucu-cucu Haji Yusoff dan Hajah Hamidah. Mcam seronok aje bunyinya kan? Insya Allah, semoga dipermudahkan...

Selamat bercuti buat anak2 semua dan isikan dengan aktiviti berfaedah ya!

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan buat semua...

Assalam semua... Ramadhan menjelma lagi. Rasanya waktu berlalu terlalu pantas kan? Pejam celik, pejam celik, dah sampai bulan ramadhan, bulan mulia yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Saya dapat rasakan ramadhan kali ini sedikit berlainan dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga tahun ini dapat fokus lebih pada ibadah terawih dan qiamu ramadhan, Insya Allah... Apa harapan anda semua?

Doa saya semoga Cahaya Ramadhan kali ini membawa seribu barokah buat anda semua, Amin...

Sunday, July 17, 2011

Salam malam Isnin semua,

Sungguh tak disangka. Sudah lama tak menjenguk ke blog. Terlalu sibuk... Sedang sibuk menaip post baru ni, syahira masih belum tidur lagi. Tadi siang tidur lama sangat, bila malam dah tak boleh nak tidur. Maka, dialah peneman saya menulis. Eh eh, menulis ker menaip? Sama lah tu kan? Anyway, hari minggu hari ni takde aktiviti pun. Cuma hari ni bangun lewat sikit, maklum hari minggu. Sarapan pun lewat sebab semuanya bangun lewat. Saya masak ala kadar aje, sebab MIL dengan Hubby puasa. So, petang nantilah masak untuk juadah diorang berbuka. Cadang dengan kak yong nak buat kek coklat kukus tadi, tapi tak jadi. Minum petang tadi saya buat kuih cara berlauk. Maklum, anak bujang (yang dah tak bujang tu...) balik sini hari ni. Itu kuih kegemaran dia tu...

Juadah berbuka tadi pun tak lah special sangat. Ikan goreng, sambal tempoyak, sayur goreng campur bersos tiram, perut tembusu goreng berempah (yang ni MIL yang buat). Saya buat teh o punch untuk basah tekak waktu berbuka nanti. Cukuplah kan? Gambar, jangan tanya. Tak sempat nak snap 1 pun. Jangan marah ye...

Ok lah, dah lewat ni. Saya stop dulu. Hingga di lain kali.

Sunday, June 26, 2011

Ucap Selamat

Salam Isnin semua... Saya rasa happy sangat hari ni. Tak tau lah kenapa, tapi rasa Happy semacccaaammm jerrrr... Saya nak kongsikan dengan semua, tapi... belum masanya lagi. Apa-apa pun, selamat bekerja bagi yang bekerja, dan selamat mengurus rumahtangga bagi full time housewife.

Have a good day!!!

Friday, June 24, 2011

Terima Kasih Kak Ogy...

Salam Jumaat semua... Apa khabar? Dah berapa hari dah tak update blog. Busy, busy, busy. Anyway, saya nak merakamkan Terima Kasih Daun Keladi kepada officemate saya, Puan Fauziah Muslimin sebab belanja saya makan tengahari hari ni. Dia ajak makan luar tadi tapi keja melambak-lambak, tak siap-siap.

Disebabkan terlalu lapar, perut pun dah memutarkan lagu, so kami tak sempat nak snap apa-apa gambar pun. Lauknya, Ikan Bakar Cicah Air Asam, Masak Lemak Nenas dengan Ikan Masin, Ikan Bilis dengan Tempe Goreng, Ayam Sambal Hijau. Yummy!!! Delicious!!! Kami belasah sampai licin. Alhamdulillah...

Sunday, June 12, 2011

Sekolah Bermula Lagi

Hari ni  sesi persekolahan bermula lagi selepas bercuti selama 2 minggu. Mizah & Teha ok jer, si kecik tu pulak demam... Hmmm... Macam2 hal.

Rasa sekejap jer masa berlalu. Pantas betul. Benar, masa tidak menunggu kita, kan? Kita yang harus mengejar masa dan mesti pandai mengurus masa dengan baik.

Kalau sekolah bermula, bermakna jadual harian berbalik kepada asal. Kena keluar seawal 6.45am sebab nak hantar kak yong pegi ngajar. Hari pertama hari ni, semua berjalan lancar setakat ini lah.

Cuma... ada satu hal tak settle lagi. Dah cuba nak settlekan, tapi macam tak berkesan jer. Tulah, padan muka. Ada pepatah menyebut, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Tapi takpelah, lama2 nanti ok lah kot... Apapun, life must go on...

Allah Sayang Kita, tapi kita...?

Kenapa Allah memberi ujian kepada kita, hambanya? Untuk apa? Dan ujian itu terkadang tiba dengan bersebab atau tidak bersebab? Memang betul, siapa kita untuk mempersoal, tetapi kekadang ujian / dugaan itu terlalu berat untuk ditanggung atau di hadapi. Sesungguhnya, setiap dugaan / ujian yang Allah berikan, sekiranya kita berjaya menghadapi dan mengharunginya dengan penuh sabar, kita telah meng'upgrade'kan diri, tahap keimanan dan ketaqwaan kita dan sentiasa percaya bahawa Allah hanya memberi ujian / dugaan kepada hamba2Nya yang Dia sayangi.

Kadang2 dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering kali terlupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ke atas kita. Kita selalu lupa pada Allah, tapi Allah sentiasa ingat kita. Sentiasa sayang kita. Bila kita diuji, baru kita ingat Allah. Baru kita berdoa mohon pertolongan. Betul kan?

Renung2kan... Saya juga beri ingatan pada diri saya sendiri.

Bowling Kerrr???

Tak pernah-pernah main bowling sejak dah kawin ni, tetiba kawan ofis ajak main. Kita fikir2 oklah jugak. Dia bawak anak2 dia, kita bawak anak2 kita. Budak staff maintenance adalah 2 orang. So, kami pun bookinglah bowling dekat Alamanda.Rupanya seronok juga main bowling ni rupanya. Anak2 kita pun suka. Walaupun bola banyak masuk longkang, yang penting, semangat kesukanan, kan kan kan... Teha cakap, "ummi, lain kali kita main lagi ya? bestlah...". Insya Allah, bowling akan jadi aktiviti bulanan. Kalau tiap2 minggu, ummi kopaklah teha.


Adib & Ain @ 21'

Selamat ulangtahun yang ke - 21... Selamat menjalani kehidupan di alam dewasa ya, semoga aman damai & rukun berumahtangga. Itu jer yang boleh ummi ucapkan dan doakan. Malam sabtu lepas, ayah belanja makan kat muara tanjung harapan bersempena dengan hari lahir diorang berdua dan kak yong sekali. Adalah ayah belikan kek & donat-shi. Tq hubby, baik sungguh hati hubby belanja kitorang semua.


sempat lagi menyelit tu...

Friday, June 10, 2011

Salam Jumaat buat semua,

Hari ni menu breakfast kat rumah, cucur udang. Menu lunch hari ni. simple jer, all time favourite, NASI AYAM. Senang. Menu yang tak pernah berbaki la kalau masak kat rumah tu. Fatehah dengan Syahirah lah yang paling suka. Maaf la, tak sempat nak snap satu pun gambarnya. Sempat lah adjust tauhu sumbat sekali tadi. Lambat lagi kita masuk ofis. Sampai2 jer kat ofis, colleague pulak ajak pegi minum kat Hj Tapah. Apalagi, layanzzz jelah. Teman dia jer, tak makan apa pun.

Hari ni perasan tak? Cuaca redup jer, mendung. Macam nak hujan, tapi takde. Mintak2 biarlah bawa alamat yang baik2 kan? Insya Allah...

Esok, bufday menantu. Rabu depan, bufday anak bujang kita (yang dah tak bujang lagi tuuu...). Nak celebrate kat mana ya...? Tgu kita update ok...

Signing off~

Wednesday, June 8, 2011

Hari Yang Serba Tak Kena?

Salam kawan2,

Hari ni entah kenapa...lah. Buat kerja semua tak betul jer. Apa puncanya entah. Buat breakfast pagi tadi pun lambat sangat gerak buat kerja. Bayangkan... Mula masak kul 7am, pukul 9am baru siap. Bibik dah mula kerja 1 jam dah, aku tak siap2 lagi masak. Yelah, dalam kepala tu nak masak benda lain, tapi yang dimasak benda lain. Haduss!!! Hancur aku punya menu hari ni. Anyway, sorila tak sempat nak snap gambar, nak cepat. Dah lambat nak ke ofis. Colleague dah call banyak kali dah pasal orang dari SYABAS datang. Nak kena pegi beli barang untuk staff lagi. Semua serba tak kena jer, kenapa? kenapa? kenapa?

Tuesday, June 7, 2011

Cari Semangat Berblogging

Salam kawan2, maaf la lama dah tak update blog ni. Bukan malas, tapi tengah busy sangat. Busy apa ek??? Hehe... Insya Allah tengah mencari inspirasi nak merajinkan diri berblogging. Harap kawan2 semua bantu saya ya...

Semoga Tabah Wahai Sahabat Ku - Syahidah Ishak

Hari ni terbaca post Puan Zakiah Hanim di FB X-Samjey kami tentang seorang sahabat ni yang sedang bertempur melawan penyakit. Dia menghidap "Acoustic Neuroma" - Brain Tumor. Dia sedang berusaha mengumpul USD50,000.00, to do a second operation. Dan setakat ini jumlah yang baru terkumpul cuma 3K. Sekiranya ada yang terbaca blog saya, sila beri sokongan pada dia ya, terima kasih.

Syahidah Ishak - Acoustic Neuroma: Magnets-For sale

Syahidah Ishak - Acoustic Neuroma: Magnets-For sale: "Hello guys. How are you! Today, I want to share with you and to tell you guys that there will be new product for sale. It is a magnet, lim..."

Friday, March 11, 2011

Cepatnya Masa Berlalu

Masa berlalu tanpa kita sedari. Rasa macam baru semalam melahirkan dan menimang dia, menyusukan dia, tapi rupa-rupanya 5 tahun dah berlalu. Dah besar panjang syahirah... Bijak berkata-kata, rajin berzikir persis ayahnya, maklumla anak pak imam kan... Doa ummi semoga syahirah membesar dengan baik dan jadi anak solehah ya... Nanti bila syahirah dah besar, syahirah pulak boleh doakan ummi. Mummy loves you dear!



Sambutan Hari Lahir Syahirah di Tabika

Seronoknya dia dapat meraikan hari lahir bersama dengan kawan-kawan sekolah dia. Majlis sambutan hari lahir ini bukan untuk Syahirah seorang saja, tapi untuk semua murid-murid yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac. Semua ibu bapa murid sekolah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis yang diadakan pada malam Khamis 9/3/2011. Ini adalah idea cikgu tabika yang penuh dedikasi iaitu Cikgu Rosyati, terima kasih cikgu.

Majlis dimulakan dengan perasmian oleh Tuan Pengerusi Tabika Kemas Nur Hidayah; Tuan Haji Norizan Mustafah. Penyampaian Hadiah oleh Pegawai Hubungan Kemas KINRARA, Puan Rocky. Acara memotong kek beramai-ramai dikelolakan oleh Cikgu Rosyati sambil ibu bapa menyanyikan lagu "Happy Birthday".

Di rumah sebenarnya petang tu, Kak Yongnya dah belikan hadiah dan belanja dia makan KFC. Seronok sangat la dia tu... Tq Kak Yong...

Saturday, March 5, 2011

Hari Jadi ke...Hari Lahir?

Kita selalu ucapkan selamat untuk orang-orang yang menyambut hari lahir. Tapi ucapan kita selalu berbunyi "Selamat Hari Jadi". Tapi, dalam bahasa inggeris, kita sebut "Happy Birthday". Yang mana satu sebenarnya yang betul? Hari Jadi atau Hari Lahir? Sepatutnya hari lahirla kan? Mari kita fikir-fikirkan ya...

Sebenarnya, untuk apa kita memperingati hari lahir? Ada di antara kita yang tak pernah tinggal menyambut hari lahir, tapi fahamkah mereka hari lahir disambut untuk apa? Sekadar mengingatkan tentang bertambahnya usia dan betapa tuanya kita, begitukah? Hmmm, kena difikirkan tu.

Macam saya, tak pernah tinggal atau lupa menyambut hari lahir anak-anak setiap tahun, bukan apa-apa. Saya cuma nak anak-anak tahu dan faham bahawa saya sentiasa mengingati mereka, setiap saat, tak pernah lupa. Menghargai mereka dengan hadiah, tidak semestinya mahal, tapi penuh bermakna. Bukan hadiah yang penting, tapi tanda ingatan yang tidak ternilai. Setuju?

Wednesday, March 2, 2011

Khas Untukmu - Hubby

Dengar lagu yang Anuar Zain nyanyi ni dalam kereta pagi tadi, terbuai-buai perasaan saya. So, sampai office tadi terus cari, liriknya sungguh menusuk kalbu saya, orang lain saya tak pastilah. 




~ Sedetik Lebih - Anuar Zain ~ 


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...




kalau suka boleh klik sini... 

Monday, February 21, 2011

Bila Nenek Berhijrah...

Petang tadi, balik kerja, melangkah masuk dalam rumah, dengar suara budak menangis. Tengok-tengok fatehah & syahirah tengah menangis. Apa hal pulak ni? Hubby dan kak mizahnya ada, tapi tersenyum-senyum melihatkan dua orang budak tu menangis. Bila ditanya, rupa-rupanya, menangis sebab nenek pergi ke rumah maksunya di Seremban. Bertolak petang tadi lepas asar, ahmad adib yang pergi menghantar.

Sebenarnya, nenek diorang pergi ke rumah adik ipar saya di Senawang. Mungkin  akan tinggal di sana selama seminggu. Tukar angin. Ha tulah, kalau nenek ada, lawan-lawan nenek, gaduh-gaduh dengan nenek. Bila nenek dah takde, barulah sibuk-sibuk cari nenek, ayahnya kata.

Hmmm... Ada-ada saja budak-budak ni... Letih ummi tau!

Sunday, February 20, 2011

Nak Bela Arnab Pulak Dah...

(Sepatutnya post ni masuk semalam lagi, terlambat...)
Semalam selepas balik keja, hubby ajak pergi ke shah alam. Ingatkan nak buat apa, rupanya nak pegi beli arnab. Budak2 semua dah heboh nak bela arnab. Patutla 2 malam lepas hubby suruh jalan2 kat mudah.my, tgk2 arnab. Rupa2nya nak bela arnab, tambah 1 lagi pet kat umah. Yang abangnya pulak sibuk nak bela Iguana, aduss... Macam2...
Kami bukan  beli arnab biasa. Yang ni jenis Netherland Dwarfs. Dikatakan adalah jenis yang tak kan membesar, paling besar pun seberat 700gm sahaja dan susah membiak. Tahun lepas penjual  tu cuba nak biakkan sebanyak 3 kali, tapi yang jadi sekali je, beranak pun tak banyak, 2 ekor sahaja.
Tak susah nak bela, buat sebagai home pet. Hubby letak dalam rumah tepi rumah suggie (MOMO). Ada la jiran dia sekarang. Sepasang, jantan hitam, betina putih. Si hitam & si  putih (tak payah susah2 carik  nama, huhu).



Friday, February 18, 2011

Blog Walking

Seronok rupanya blogwalking ni... Macam2 benda baru yang kita dapat. Idea baru, info bagus, dapat la guna kreativiti sendiri untuk update dan kemaskinikan blog. Saya suka ke blog dia ni... cerita dalam blog tu berkisar aktiviti harian penulis blog dan kawan2. Kalau ke blog En Ben , lagi la seronok. Tiap waktu dan ketika mengupdate blog. The Flavor of Life, adalah seorang ratu sugar glider dan menggelar dirinya Ratu Sagi (mungkin suggie) sebab dia memelihara sugar glider yang bernama Kaka (kalau tak silapla...). Pernah ke blog En Mat Gebu kita,, cerita pasal memaaasakk jer... Sonoknya... Cara En Mat kongsikan resepi dalam blog dia, amat mesra, macam dah kenal lama... Saya  juga pernah jalan2 ke blog Red Mummy. Menurut satu topik yang pernah dibincangkan di radio Hot Fm, red mummy adalah antara blogger paling glamer dan famouus, juga menerima ganjaran paling banyak dalam dunia blogging. Macam mana dia buat tu ha? Saya nak kena belajar la ni kan? 


Apa2 pun, saya masih baru dan banyak lagi benda yang mesti diterokai mengenai berblogging ni. Harap dapat tunjuk ajar kawan2 blogger semua...

Thursday, February 17, 2011

KM Group Family Day - Permaisuri PD





Akhirnya, selesai juga family day kami yang pertama dengan jayanya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan insya Allah akan menjadi acara tahunan kami. 


Program bermula dgn acara bbq, sukaneka pada keesokan paginya, penyampaian hadiah pada waktu petang, malam sesi berkaraoke - berhibur setelah penat bersukan, dan acara penutup pada hari minggu. Semua ahli telah memberikan kerjasama dan telah menunjukkan sikap toleransi yang baik, terima kasih semua.


Semoga tali silaturrahmi kita semua akan berkekalan selagi hayat dikandung badan. Hidup KM Group!!! 

Tuesday, February 8, 2011

Aktiviti BBQ di rumah

Malam minggu yang lepas, kami sepatutnya ke rumah adik di Gombak. Dah plan awal2 nak buat bbq di rumah dia dan celebrate hari jadi mak mertua. Ajak nuyin2u join sekali, kebetulan pulak dia balik ke rumah mertua dia di Gombak, dah cantek la tu... Tapi, atas sebab2 teknikal yang tak dapat dielakkan, plan dah kena CANCEL. Maka, kami buat bbq di rumah sahajalah. Yang sebenarnya, nak test tempat bakar tu sebelum guna untuk KM Group Family Day nanti (ayah la tu...).

Ada ayam black pepper, ayam sos bbq, kambing black pepper, sosej, sos halia, mayonis buatan sendiri. Ayah dan abang, tukang bakar. Kami2 semua tukang makan jer... Betul kata nuyin2u, sesungguhnya makanan yang dimasak dan disediakan di rumah tu adalah yang terbaik di dunia kerana ia dimasak dengan penuh kasih sayang walaupun bersusah dan berpayah... Anak dara tu ada snap beberapa gambar, layan gambar jer, boleh?








Keja! Keja! Keja!




Lately, boring betul bila mention pasal keja. Rasa nak quit pun ada. Sakit  hati! Makin dibuat, makin menimbun2, tak kurang2 jugak. Hishhhh!!! Dari pagi tadi duduk depan PC ni x gerak2, dah macam patung bernyawa dah! Customer keluar masuk tak sudah2... Adusss!!! Help! Help! Ada tips tak agaknya???

Tengah bosan2 tadi, selak2 gambar2 ternampak pic si kecik ni... Sejuk hati, sejuk mata...

Sunday, February 6, 2011

Cabaran blogger BEN ASHAARI... GEGAR 1,000 BLOG



 Salam semua,
Tadi pegi jalan2 dekat blog en mat gebu... Blogger yang masak2 tu. Semalam dia buat biskut GERMAN. Nampak macam mudah, tapi tak cuba tak tau lah kan? Dia ada mentioned pasal EN BEN  ASHAARI buat cabaran GEGAR BLOG tu... Saya tolong2 nyibuk jelah. Bagi support, maklum baru nak bertatih pasal blogging2 ni. Harap2 dapat sokongan anda semua ya... Terima kasih.



SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Details boleh klik sini...

signing off (^-^) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...